Saturday, February 2, 2013
10 comments

Asal Keturunan Steve Jobs adalah Islam?

Saturday, February 02, 2013

    “Kematian merupakan satu ciptaan paling terbaik dan merupakan agen perubahan dalam hidup,” Itulah petikan dari ucapan beliau pada Hari Konvokesyen Universiti Standord. Beliau dilahirkan di San Francisco, California. Beliau mempunyai pertalian darah dengan keturunan islam. Bapa kandung beliau bernama Abdul Fattah John Jandali merupakan seorang professor sains politik dan matematik yang berketurunan Syriah. Abdul Fattah juga memegang jawatan sebagai naib presiden di sebuah kasino yang terletak di Reno, Nevada. Abdul Fattah dan isterinya Joanne Schieble yang berketurunan Jerman menyerah Steve Jobs kepada pada pasangan Paul dan Clara Jobs yang menjadi keluarga angkatnya kerana mendapat tentangan ahli keluarga ibunya yang tidak boleh menerima menantu daripada orang arab yang beragama Islam. Steve Jobs dibesarkan sepenuh masa oleh keluarga angkatnya  dan ibu bapanya tidak pernah berjumpa atau menghubunginya sehingga akhir ayat.
    
     Pada zaman persekolahan, beliau merupakan seorang murid yang malas dan nakal. Beliau tidak pernah cemerlang dalam pelajaran dan gurunya terpaksa mengupah Steve Jobs dengan wang dan gula-gula supaya beliau belajar dengan bersungguh-sungguh. Beliau juga seorang pelik kerana melepaskan seekor ular di dalam kelas dan membuat letupan yang kecil di makmal sains. Setelah tamat zaman persekolahan, Steve Jobs telah melanjutkan pelajaran di Reed Collegue di Portland namun gagal melanjutkan pelajaran ke semester seterusnya. Beliau pernah menyatakan jika tidak mengambil subjek kaligrafi ketika di Reed Collegue yang merupakan kolej Kaligrafi yang terbaik di Amerika Syarikat ketika itu, beliau tidak dapat mencipta komputer Macintosh. Semasa melanjutkan pelajaran, beliau menumpang tidur di atas lantai di bilik rakannya dan mengutip botol Coke untuk dijual bagi mendapatkan wang perbelanjaan harian. Pada setiap minggu beliau akan mendapatkan makanan percuma di sebuah kuil yang terletak berdekatan.
    
      Pada tahun 1974, beliau bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat permainan video. Semasa bekerja di syarikat itu, beliau menghadiri perjumpaan Homebrew Computer Club. Beliau telah berkenalan Steve Wozniak dan menjadi rakan baik dan juga pengasas Apple selain beliau. Pada tahun 1976, beliau bersama Steve Wozniak telah menubuhkan Syarikat Apple secara rasmi. Syarikat tersebut telah mencipta komputer peribadi iaitu Apple I yang dijual pada harga RM2133. Pengeluaran Apple II menjadikan Apple sebagai industri komputer yang utama ketika itu. Syarikat Apple juga memperkenalkan komputer Apple Macintosh dan menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.Pada 1985 Steve Jobs telah dipecat kerana perebutan kuasa dan konflik dalaman syarikat. Selepas itu, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat Next Computer dengan wang yang diperolehi sepanjang bersamaa Apple. Beliau juga berjaya memujuk Bill Perot untuk menyumbang dana keatas syarikat beliau. Steve Jobs berjaya menghasilkan komputer peribadi termaju mengunakan cip pemproses isyarat digital. Beliau jug telah membeli syarikat The Graphics Group yang telah ditukar namanya menjadi Pixar. Syarikat ini telah berkembang maju apabila mengikat projek dengan syarikat animasi yang terkenal iaitu Disney dan telah memgumumkan pembelian syarikat Pixar. Oleh itu, Steve Jobs merupakan pemegang saham terbesar di syarikat Disney. Pada tahun 1995, beliau telah kembali ke syarikat Apple apabila syarikat Next Computer telah dibeli oleh syarikat Apple. Pada tahun 2001, Apple telah memperkenalkan perisian sistem operasi pertama mereka iaitu Mac OC X dan beberapa aplikasi pengkomputeran menerusi platform iApps.

    Pada usia 56 Pada tahun 2001, Apple telah memperkenalkan perisian sistem operasi pertama mereka iaitu Mac OC X dan beberapa aplikasi pengkomputeran menerusi platform iApps.Pada usia 56 tahun, Jobs bergelut dengan dengan penyakit kanser pankreas dan beberapa penyakit lain sehingga akhir hayat tahun, Jobs bergelut dengan dengan penyakit kanser pankreas dan beberapa penyakit lain sehingga akhir hayatnya. Usaha dan jasanya terlalu besar kepada manusia di seluruh dunia kerana ciptaan beliau yang menyenangkan hidup manusia.




PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN SEGERA
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Maklumat lanjut layari:
http://www.jobdirumah.com/auldey21


10 comments:

  1. bestnye jadi dia..walaupun tak cemerlang sekolah kita tak boleh pandang seseorg rendah. mungkin dia akn berjaya dari segi lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tapi setiap orang ada kelebihan masing-masing kan :)

      Delete
  2. TQVM dah follow blog awak balik
    Blog update!!! Jom follow blog saya and will follow blog awak balik. TQVM http://nurafcrownambasador.blogspot.com/2013/02/malay-colloge-kuala-kangsar-kolej.html

    ReplyDelete
  3. fuyyo bru thu . sama laa mcm obama kn ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. latar belakang lebih kurang sama tapi steve lagi genius la..hehe :)

      Delete

 
Toggle Footer
Top