Wednesday, February 6, 2013
2 comments

Asal Usul Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, February 06, 2013


Ustad Azhar Idrus adalah seorang pendakwah atau penceramah bebas yang terkenal di negara kita kerana gaya penyampaiannya yang bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena. Beliau menyatakan beliau tidak pernah bersekolah agama, sekolah arab, madrasah dan sekolah pondok. Beliau mendapatkan pendidikan awal di di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila beliau memasuki ke tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6.

Beliau juga seorang pemain gitar atau dikenali sebagai gitaris di dalam sebuah kumpulan muzik yang dikenali sebagai "Band Boy". Beliau juga pernah membuat persembahan di beberapa stadium. Akhirnya, beliau telah menarik diri dalam kumpulan tersebut apabila mereka ingin membuat rakaman sendiri kerana tujuan beliau untuk menyertainya adalah suka-suka sahaja dan bukan mencari populariti. Selepas itu, beliau telah menjadi guru muzik pada tahun 1985. Beliau juga aktif dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980. Beliau merupakan seorang jurugambar yang hebat dan aktif dalam internet seperti di http://ustazazhar.net/ dan fotografi di http://www.digitalmukmin.com/. Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
Selepas itu, beliau mulai belajar agama di Patani pada tahun 1990. Beliau mula berguru dengan Tuan Guru Hj Syed Mokhtar (40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi) , Tuan Guru Mohd Tahir (Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah ) , Tuan Guru Mohd Hakim (Nahwu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh ) , Tuan Guru Hj Hasyim ( Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh) ,Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir (Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah) , Tuan Guru Hj Muhammad Zubir (ilmu fiqh & nahwu) dan Tuan Guru Hj Mohd Zain ( Pondok Lubuk Pandan, Wakaf Tapai - ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir dan Balahgoh).

Sumber rujukan: wikipedia



Video ini tentang sejarah kehidupan Ustad Azhar Idrus yang diceritakan oleh beliau






Sumber rujukan: wikipedia



PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN SEGERA
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Maklumat lanjut layari:
http://www.jobdirumah.com/auldey21




2 comments:

  1. x sangka uia ade band..tp bez ar tengok dia..lucu...menambah minat dengar ceramah dia

    ReplyDelete

 
Toggle Footer
Top