Tuesday, January 15, 2013
2 comments

Oh! Aku Konfius Matrikulasi atau Diploma!

Tuesday, January 15, 2013


Ramai yang bertanya kepada kami tentang pemilihan tempat melanjutkan pelajaran iaitu matrikulasi ataupun diploma terutama pelajar yang baru lepasan SPM.

Program Matrikulasi terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 Modul iaitu :
Modul 1 -Kimia,Matematik,Fizik dan Biologi
Modul 2 -Kimia,Matematik,Fizik dan Sains Komputer
Modul 3- Kimia, Matematik,Biologi dan Sains Komputer
Modul Perakaunan - Matematik,Ekonomi, Perakaunan dan Perniagaan
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah kira-kira  RM 400~500 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 200~300 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.
Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Ramai daripada kami yang pilih matrikulasi kerana masa dan kos pembelajaran yang paling cepat dan murah untuk menyambut pelajaran ke ijazah sarjana muda di IPTA. Ada juga sebahagian daripada kami yang tidak sanggup mengambil risiko untuk memasuki matrikulasi dan rela mengambil Diploma. Hal ini kerana ramai menggangap pembelajaran di matrikulasi amatlah susah. Saya sendiri pun pernah masuk matrikulasi dan berjaya ke IPTA dalam kos ijazah sarjana kejuruteraan dan ramai gak kawan saya yang berjaya ke IPTA. Jadual di matrikulasi memang agak padat iaitu dari pukul 8 pagi sehingga pukul 4 petang dan kadang-kadang sampai pukul 6 ataupun malam pun ada juga kelas. Tidak hairanlah jika pelajar matrikulasi ini berjaya ke IPTA dengan kos mereka hendak kerana hidup mereka penuh dengan kelas melainkan pelajar itu sendiri yang malas dan sering ponteng.Pembelajaran di matrikulasi memang admin mengaku susah kerana waktu pembelajaran yang singkat dan padat tetapi kami sering dibantu oleh pensyarah dengan menyediakan pelbagai nota dan tips untuk menjawab soalan seperti kita peperiksaan SPM. Untuk makluman anda, keputusan matrikulasi mengikut graf matrikulasi satu malaysia seperti peperiksaan SPM dan PMR. Maka memang ramai yang berjaya mendapat 3 keatas.

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.
Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.
Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,250 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 400~500 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300~400 satu semester.
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Ramai dari kalangan kami yang pergi ke program Asasi. Asasi adalah lebih baik daripada matrikulasi kerana pembelajaran yang kurang padat daripada matrikulasi. Kehidupan Asasi adalah lebih bebas seperti pelajar universiti lain.

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 2 tahun setengah atau 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Kebaikan diploma anda boleh memendekkan masa di Ijazah Sarjana Muda daripada 4 tahun kepada 2~3tahun dengan pengecualian kredit mengikut universiti masing-masing. Bagi pemimjam PTPTN sebanyak rm15000 untuk program diploma dan Ijazah Sarjana Muda sebanyak RM28000. Oleh itu, ramai lepasan Diploma yang bekerja dahulu dalam 2 tahun untuk membayar PTPTN mereka.

Umur bagi mereka yang lepasan matrikulasi ke Ijazah Sarjana adalah 19~20 tahun dan menamatkan pembelajaran Ijazah pada umur 23~24 tahun. Bagi lepasan diploma pula ke ijazah adalah 21tahun keatas dan menamatkan pada umur 24 tahun keatas.

Kesimpulannya,ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.Oleh itu, pilihlah pilihan yang tepat untuk masa depan anda.

2 comments:

  1. dh follow back dh :) thanks ya ! hmm, pasal diploma and matrikulasi ? yew ! mmg pening nk pilih which one. but i more prefer matrik :D and x nyesal pon pilih matrik. kenagan walaupun setahun tapi tetap banyak and tersimpan dalam hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. that's right..dulu saya lagi la nak amik asasi ataupun matrik..last2 pilih matrik jugak..sebab orang kata matrik lagi best kan..dulu matrik mana?

      Delete

 
Toggle Footer
Top